ASSALAMUALAIKUM WBT
Terima kasih kepada pembaca yang sudi menimba ilmu urutan disini.
InsyaAllah kali ini saya mahu berkongsi ilmu berkenaan urutan untuk yang duduk tak lama dah kebas-kebas..
Selalu manjoriti lelaki selalu kebas-kebas ni..terkadang kalau dengar kutbah jumaat..nahhh..kebas dia risau nak bangun boleh tumbang..hehe.
Ok, back tu pelajaran kita kali ini rujuk gambar dibawah ;)
Gambar anatomi peha kaki kanan, gambar sebelah kiri adalah pandangan hadapan.
Gambar tengan pandangan sisi kanan manakala gambar kanan pandangan belakang.
Urutan pada point yang berwarna merah dan X itu sebagai guildline kita untuk urut agar tidak tersasar pada point sepatutnya.
Bila urut di bahagian ini seperti biasa gunakan tekanan perlahan (urutan ransangan/persediaan), kemudian urutan sederhana. Bahagian peha ini antara 'urat' yang besar dalam sistem tubuh manusia. Walaupunbegitu, kebanyakan pesakit paling tidak dapat tahan kesakitan bila urut dibahagian ini.
Walaupun urutan sederhana sudah tidak tahan, maka kita kekalkan tahap kekuatan(sederhana),tidak perlu menggunakan tahap /tekanan yang kuat.
Elak juga urutan menggunakan ibu jari. kekalkan menggunakan tapak tangan sahaja.
Alhamdulillah, moga perkongsian ini bermanfaat ;)
No comments:
Post a Comment