REKOD KONSULTANSI (WAJIB ISI)

WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI

WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI
WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI

Friday, 4 March 2016

URUTAN KEBAS PEHA



ASSALAMUALAIKUM WBT

Terima kasih kepada pembaca yang sudi menimba ilmu urutan disini.

InsyaAllah kali ini saya mahu berkongsi ilmu berkenaan urutan untuk yang duduk tak lama dah kebas-kebas..

Selalu manjoriti lelaki selalu kebas-kebas ni..terkadang kalau dengar kutbah jumaat..nahhh..kebas dia risau nak bangun boleh tumbang..hehe.


Ok, back tu pelajaran kita kali ini rujuk gambar dibawah ;)





Gambar anatomi peha kaki kanan, gambar sebelah kiri adalah pandangan hadapan.
Gambar tengan pandangan sisi kanan manakala gambar kanan pandangan belakang.

Urutan pada point yang berwarna merah dan X itu sebagai guildline kita untuk urut agar tidak tersasar pada point sepatutnya. 

Bila urut di bahagian ini seperti biasa gunakan tekanan perlahan (urutan ransangan/persediaan), kemudian urutan sederhana. Bahagian peha ini antara 'urat' yang besar dalam sistem tubuh manusia. Walaupunbegitu, kebanyakan pesakit paling tidak dapat tahan kesakitan bila urut dibahagian ini.

Walaupun urutan sederhana sudah tidak tahan, maka kita kekalkan tahap kekuatan(sederhana),tidak perlu menggunakan tahap /tekanan yang kuat.

Elak juga urutan menggunakan ibu jari. kekalkan menggunakan tapak tangan sahaja.

Alhamdulillah, moga perkongsian ini bermanfaat ;)



Tuesday, 1 March 2016

URUTAN SAKIT BELAKANG & LENGUH BADAN



















ASSALAMUALAIKUM WBT,

Alhamdulillah, kali ini saya mahu berkongsi kaedah urutan untuk sakit belakang dan leguh-lenguh badan.
Untuk point ini amat mudah untuk dilakukan, hampir semua orang ada sakit-sakit belakang lebih-lebih lagi apabila melakukan kerja berat/ kerja yang banyak pada suatu-suatu masa.

kaedah urutan :

Pastikan pesakit meniarap (sebaiknya alas pembaringan yang selesa), Lumurkan minyak urut (sebaiknya minyak yang likat) si sekitar belakang badan. Buat urutan lembut terlebih dahulu disekitar belakang badan.

Lihat point "Merah" didalam gambar. Itu adalah point 'urat' untuk belakang. Mulakan urutan dari bawah ke atas, pastikan mula urutan atas dari tulang pinggang (tidak mengenai tulang). Mulakan urutan dengan perlahan dan sederhana kuat. 


Bagi yang benar-benar sakit belakang, yang mengurut akan dapat rasa beberapa point merah keras, disitu anda perlu focus lebih dan menguatkan sedkit tekanan urutan.

Bagi urutan ini perlulah dilakukan menggunakan tapak tangan terlebih dahulu, disilangi dengan urutan menggunakan ibu jari tangan. 

Urut sehingga 'urat' menjadi lembut / tidak keras seperti sebelumnya.

InsyaAllah, moga bermanfaat untuk semua. ;) ;)



" Terapi Saraf An Nabawi "










Disclaimer:


Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pelanggan sebenar. Anda dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat Doktor/pakar terlebih dahulu jika masalah serius.
Kami tidak bertanggungjawab sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada anda.