REKOD KONSULTANSI (WAJIB ISI)

WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI

WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI
WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI

Monday, 17 August 2015

BIODATA PERAWAT

ASSALAMUALAIKUM WBT

Tuan Ashraf merupakan anak muda yang bekerjaya sebagai Juru Terapi sepenuh masa bermula tahun 2015 sehingga kini.

Pengalaman luas beliau selama 13 tahun di  dalam bidang Urutan Saraf dan Tradisional bukan sekadar membantu ratusan orang sahaja  malah pengalaman itu turut dikongsi bersama  orang   ramai di media sosial.

Tuan Ashraf juga adalah   Pengasas  syarikat An Nabawi Wellness & Training Center yang telah didaftarkan pada tahun 2016 di Kuala Lumpur. Syarikat ini  mengfokuskan rawatan dan jual beli barangan kesihatan.


Beliau juga berdaftar dalam   NGO perubatan , sebagai rakan perawat (ahli ) dengan beberapa NGO seperti  GAPERA, PERHIJAM dan sebagainya. Selain itu beliau banyak  mengikuti program kebajikan dan menggunakan kemahiran yang beliau ada untuk membantu mereka yang memerlukan.


Beliau masih dahagakan ilmu perubatan tradisional yang masih banyak belum diterokai. Selain kursus-kursus yang di ikutinya beliau juga memperoleh ilmu perubatan tradisional secara bertalaqqi dari guru-guru beliau.


Beliau percaya ilmu perubatan tidak cukup hanya satu sahaja, tetapi perlu di kumpulkan perbagai kaedah rawatan agar pesakit yang menerima rawatan dari beliau cepat baik dan berpuas hati dengan rawatan yang diterima.



No comments:

Post a Comment

Disclaimer:


Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pelanggan sebenar. Anda dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat Doktor/pakar terlebih dahulu jika masalah serius.
Kami tidak bertanggungjawab sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada anda.