REKOD KONSULTANSI (WAJIB ISI)

WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI

WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI
WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI

Monday, 31 August 2015

SELAMAT HARI MERDEKA!



Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? cuti-cuti ni pergi mana ? ;)

Alhamdulillah, hari ni 31 ogos..semua maklum hari ni adalah hari kemerdekaan Malaysia.
Alhamdulillah negara masih aman (kata menteri). hakikatya negara semakin NAZAK , dengan maksiatnya, judinya Nauzubillah..

Moga-moga semua nya diberikan kekuatan untuk menempuh segala masalah ini, dan kuatkan semangat untuk membela agama yang makin terhakis dikalangan orang islam itu sendiri..insyaAllah :)



Thursday, 20 August 2015

Terapi Saraf An Nabawi

TERAPI SARAF AN NABAWI

Assalamulaikum wbt,
apa khabar yang membaca blog ini? dah makan ke tu? huhu

Post kali ini saya nak cerita sikit pasal urutan yang baru diberi nama sebagai TERAPI SARAF AN NABAWI.

Urutan ini hasil pembelajaran dan pengalaman saya sebagai 'Tukang Urut' menyelesaikan pelbagai masaalah yang dihadapi. InsyaAllah.


Sudah pastinya pusat terapi ini milik penuh perawat Ahlul Sunnah Wal Jamaah ;)

Usia penubuhan Terapi Ini baru bermula bulan 2/16 yang lepas selepas selesai 'Renovation' yang dilakukan untuk dijadikan bilik terapi yang kini berada di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.



Logo Rasmi Terapi Saraf An Nabawi









Monday, 17 August 2015

BIODATA PERAWAT

ASSALAMUALAIKUM WBT

Tuan Ashraf merupakan anak muda yang bekerjaya sebagai Juru Terapi sepenuh masa bermula tahun 2015 sehingga kini.

Pengalaman luas beliau selama 13 tahun di  dalam bidang Urutan Saraf dan Tradisional bukan sekadar membantu ratusan orang sahaja  malah pengalaman itu turut dikongsi bersama  orang   ramai di media sosial.

Tuan Ashraf juga adalah   Pengasas  syarikat An Nabawi Wellness & Training Center yang telah didaftarkan pada tahun 2016 di Kuala Lumpur. Syarikat ini  mengfokuskan rawatan dan jual beli barangan kesihatan.


Beliau juga berdaftar dalam   NGO perubatan , sebagai rakan perawat (ahli ) dengan beberapa NGO seperti  GAPERA, PERHIJAM dan sebagainya. Selain itu beliau banyak  mengikuti program kebajikan dan menggunakan kemahiran yang beliau ada untuk membantu mereka yang memerlukan.


Beliau masih dahagakan ilmu perubatan tradisional yang masih banyak belum diterokai. Selain kursus-kursus yang di ikutinya beliau juga memperoleh ilmu perubatan tradisional secara bertalaqqi dari guru-guru beliau.


Beliau percaya ilmu perubatan tidak cukup hanya satu sahaja, tetapi perlu di kumpulkan perbagai kaedah rawatan agar pesakit yang menerima rawatan dari beliau cepat baik dan berpuas hati dengan rawatan yang diterima.



PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah bersyukur pada Allah swt atas nikmat dan kurniannya memberikan kita semua agama yang benar (ISLAM) yang telah sampai kepada kita seorang insan yang mulia (Rasulullah saw).

Blog ini adalah salah satu wasilah penyampaian dan perkongsian ilmu dari saya berkenaan urutan yang saya belajar dari guru-guru yang mengajar saya. InsyaAllah..

Untuk perkenalan diri boleh klik disini .

Disclaimer:


Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pelanggan sebenar. Anda dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat Doktor/pakar terlebih dahulu jika masalah serius.
Kami tidak bertanggungjawab sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada anda.