REKOD KONSULTANSI (WAJIB ISI)

WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI

WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI
WHATSAPP UNTUK TEMUJANJI

Monday, 21 December 2015

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK - 2


Sambungan ..

ALLAHUMMASOLLIALAMUHAMMAD

Sebagai seorang anak lelaki, tanggungjawab sangat berat berbanding anak perempuan, dimana jika anak perempuan sudah bernikah diutamakan adalah suaminya, berbanding anak lelaki, walaupun sudah bernikah tidak didahulukan isterinya melebihi ' IBU dan BAPA'nya. Allahu Robbi..besar tanggungjawab.


Ada juga lelaki yang berkahwin untuk tinggal jauh dari ibu bapanya..ada...
Mungkin mereka perlukan kebebasan, sedangkan kebebasan adalah 'Redho' orang tua. Tidakkah kita mahu redhoNya? AllahuRobbi


Apabila melihat abang sudah sibuk dengan keluarganya, maka siapa lagi yang mampu diharapkan melainkan anak lelaki terakhir ini. Kitalah yang perlu bergerak membantu keperluan mereka(ibu ayah).

Tanggungjawab itu bukan datang dengan belajar semata-mata, tetapi ia hadir melalui hati. Ihsan.

Ini saja perkongsian kali ini, tidak kena mengena urutan pun. Tapi untuk kesedaran kita sebagai anak :)


Sunday, 20 December 2015

TANGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK

BISMILLAHHIRROHMANIROHIM


ASSALAMUALAIKUM WBT,

Apa khabar agaknya yang membaca Blog saya ni? sihat ke ada sakit-sakit? kalau sakit meh dapatkan rawatan dari saya..huhu (main-main saja)

Ok ingin berikan perkongsian bab TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK kali ini. Ini merupakan hasil buah fikiran tanpa ciplak dari mana-mana BLOG/ ARTIKAL luar sana. Dan moga-moga ada diluar sana berfikiran sama seperti saya. ;)

Mungkin ada yang mengenali saya, merupakan anak ke-4 dari 6 adik beradik. Didalam keluarga besar ini hanya ada dua jejaka, selebihnya wanita. adik beradik atas semua sudah mendirikan rumah tangga, kini tinggallah 3 beradik bawah (termasuk saya). Jika dahulu saya tak berapa 'peduli' hal tanggungjawab sebagai anak. Bukan mahu kata anak derhaka! huhu. tapi dulukan masih keanak-anakkan. Fikir diri sendiri sahaja.


Beberapa tahun lepas baru kesedaran itu timbul dalam diri. Bila melihat ibu ayah bersusah payah membantu anaknya ini dalam project akhir. Kasihan ibu ini jatuh sakit kerana risaukan anaknya. Allahu..
Sejak dari itu, hati ini sangat 'sensitif' bila melibatkan ayah dan ibu. Maka lahirlah tangjawwab sebagai seorang anak.

Bersambung...

Monday, 7 December 2015

AMBIL ILMU DARI TUAN GURU AL AMIN

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sejak Bulan 9 yang lepas saya sudah mula bekerja sebagai 'Juru Terapi' di Pusat Terapi Saraf Al Amin di Seksyen 18 Shah Alam. Alhamdulillah niat mahu menambahkan ilmu dari tuan guru Aminul Rasyid (along). kini sudah diberi tanggungjawab merawat pesakit yang datang ke Pusat Terapi ini.

Walaupun penubuhan Pusat Terapi ini masih baru tetapi sudah mula melonjak naik. Alhamdulillah

InsyaAllah, jika tiada halangan kemungkinan akan membuka pusat terapi saraf sendiri demi memudahkan pesakit datang menerima rawatan.

Moga semuanya dipermudahkan ..


Ameen Allahhuma Ameen :)

Disclaimer:


Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pelanggan sebenar. Anda dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat Doktor/pakar terlebih dahulu jika masalah serius.
Kami tidak bertanggungjawab sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada anda.